Originally posted by i_love_blacky:
Bas milik Singapura langgar 6 kereta
Oleh Johan Afandi
JOHOR BAHRU: Sebuah bas henti-henti milik syarikat pengangkutan
Singapura yang mengalami kerosakan brek merempuh enam kereta yang
diletakkan di tempat letak kereta sebuah hotel di pusat bandar raya
di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, bas terbabit dalam perjalanan dari
sini ke Singapura dikatakan terbabas sebelum melanggar pembahagi
jalan dan merempuh barisan kereta berkenaan.
Pemandu bas berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Bala
berkata, beliau gagal mengawal kenderaannya ketika mengambil
selekoh dari Jalan Wong Ah Fook ke Jalan Gereja selepas mengalami
kerosakan brek.
Katanya, ketika kejadian, basnya kosong kerana baru menurunkan
penumpang di depan sebuah pusat beli-belah dan dalam perjalanan
pulang ke Singapura.
Ketika mengambil selekoh, tiba-tiba saya mendapati brek gagal
berfungsi, walaupun bas bergerak perlahan, tetapi saya gagal
mengawalnya sehingga terbabas menaiki pembahagi jalan dan merempuh
pagar sebelum melanggar enam kereta, katanya.
Sementara itu, seorang pemilik kereta yang dikenali sebagai
Nazrena, 26, berkata beliau meletakkan keretanya tidak sampai lima
minit apabila kejadian itu berlaku.
Jurucakap polis trafik ketika ditemui di tempat kejadian berkata,
tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pemandu bas dan pemilik
kenderaan sudah membuat laporan polis.[b][/b]
Summary of what this press release is trying to say:
MALAY > ENGLISH
bas - bus
milik - belonging to
Singapura - Singapore
kerosakan brek merempuh - brake failure
enam - 6, kereta - cars, enam kereta - 6 cars
tempat letak kereta - car park
pusat bandar - city centre
jam - hour (not the butter jam), petang - evening
First paragraph to second paragraph of this press release is trying
to say that a SBS Transit bus on 170 was involved in an accident.
The bus had a brake failure and affected six cars. The accident
happened outside a hotel in the city centre, possibly at the
entrance/exit of the car park during the early evening. The bus was
heading towards Singapore from Larkin bus and taxi terminal when it
happened.
Last paragraph of the article could possibly be saying that the
traffic police is investingating the cause of the accident.
Trivia: Learnt some Malay before, but not quite accurate. Correct
me if I'm wrong.