SEORANG pemuda sedang menjalani perbicaraan di
hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
PEMUDA: "Tidak! Saya tak
curi basikal itu."
HAKIM: "Jangan kamu cuba
menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri
basikalnya."
PEMUDA: "Dia tipu!
Sebenarnya, dia memberikannya secara percuma."
HAKIM: "Maksud kamu?"
PEMUDA: "Begini tuan hakim,
ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta
bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri.
Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh
saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata
kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga
dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu,
bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. Kalau ambil seluarnya
pula, pun begitu juga. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk
mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya."
HAKIM:
"!!!???!!!"